Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

PERATORAN PERBICHARAAN MAL



Seksyen 81. Pembelaan.

(1) Siapa2 yang kena tuntut boleh-lah menyerahkan pembelaan yang bertulis dan hendak-lah di-sampaikan kapada Mahkamah dan sa-keping salinan bagi tiap2 saorang yang menuntut yang di-kehendaki di-sampaikan oleh Mahkamah itu.

(2) Jika yang kena tuntut tidak menyerahkan pembelaannya yang bertulis pada mula2 ia hadhir dan tiada mahu berbuat demikian tetapi ia ingin menjawab tuntutan itu maka Mahkamah hendak-lah menyelidek dengan berchakap akan alasan2 pembelaan-nya dan tidak-lah boleh ianya membawa alasan2 yang lain dengan tiada kebenaran Mahkamah itu.

(3) Jika yang kena tuntut hendak membuat pembelaannya maka Mahkamah hendak -lah menetapkan di-dalam masa yang tentu ia-nya di-kehendaki membuat-nya, pada lazim-nya masa itu tiada-lah kurang daripada tujoh hari sa-belum di-mulakan perbicharaan.

(4) Jika orang yang kena tuntut itu hendak membangkitkan perkara2 bagi membawa tuntutan balas, maka Mahkamah
boleh-lah membenarkan ia-nya berbuat yang demikian atau pun menyuroh ia-nya memulakan perbicharaan yang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.