ORDINAN 42 TAHUN 2001
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH, 2001
BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa
Seksyen 11. Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.
(1) Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah -
(
a
) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam, 2001[
Bab 43
], Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah, 2001[
Bab 46
] atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Ordinan-Ordinan itu atau mana-mana undang-undang bertulis lain tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu;
(
b
) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi tiga ratus ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang.
(3) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Ketua Hakim Syarie, dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam
Warta
memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.