ENAKMEN 7 tahun 2008
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 28. Pelantikan Ketua Pendaftar, Pendaftar Kanan, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ Orang Islam

(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik mana-mana pegawai awam yang berkelayakan untuk menjadi Ketua Pendaftar Nikah, Cerai, dan Ruju’ Orang Islam bagi maksud Enakmen ini, yang mana adalah berkuasa menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas Pendaftar-Pendaftar dan pendaftaran perkahwinan, perceraian, dan ruju’ di bawah Enakmen ini.

(2) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik beberapa orang yang berkelayakan sebagaimana yang perlu, untuk menjadi Pendaftar Kanan, Pendaftar, atau Penolong Pendaftar Nikah, Cerai, dan Ruju’ Orang Islam bagi mana-mana kariah masjid dalam Negeri Kedah Darul Aman sebagaimana yang ditentukan dalam pelantikan itu.

(3) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik mana-mana anggota staf diplomatik Malaysia di mana-mana negara untuk menjadi Pendaftar Nikah, Cerai, dan Ruju’ Orang Islam bagi maksud Enakmen ini di negara itu.

(4) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, mana-mana orang yang dilantik sebagai Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar sebaik sahaja sebelum berkuat kuasa Enakmen ini hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah seksyen ini dan hendaklah terus memegang jawatan itu.

(5) Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (2) yang bukan pegawai awam hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam bagi maksud Kanun Keseksaan [Akta 574].




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.