ENAKMEN 9 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (PERAK) 2015

BAHAGIAN X - PERUNTUKAN AM



Seksyen 50. Kecualian dan peralihan

(1) Semua peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang dan surat kebenaran yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa Enakmen Pentadbiran hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Enakmen ini, terus berkuat kuasa, setakat yang tidak bertentangan dengan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh peraturan-peraturan, kaedah-kaedah perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang atau surat kebenaran yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen ini.

(2) Mana-mana pegawai dan orang yang dilantik di bawah Enakmen Pentadbiran yang memegang jawatan sebelum permulaan kuat kuasa Enakmen ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Enakmen ini, terus memegang jawatan di bawah Enakmen ini sehingga habis tempoh pelantikan mereka atau mereka meletakkan jawatan atau pelantikan mereka dibatalkan mengikut Enakmen ini dan hendaklah mempunyai kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, kewajipan dan obligasi yang sama seolah-olah mereka telah dilantik di bawah Enakmen ini.

(3) Tiap-tiap perbuatan atau benda yang dilakukan, diambilatau dimulakan oleh pegawai-pegawai dan orang yang disebut dalam subseksyen (2) sebelum permulaan kuat kuasa Enakmen ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Enakmen ini, disifatkan telah dilakukan, diambil atau dimulakan di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.