ENAKMEN 6 TAHUN 2008
ENAKMEN MUFTI DAN FATWA (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN III - JAWATANKUASA FATWA



Seksyen 16. Tempoh Perlantikan dan lantikan semula

(1) Tempoh perlantikan ahli Jawatankuasa Fatwa yang dilantik di bawah perenggan 11(1)(c) adalah selama dua tahun. Tempoh bagi perlantikan mana-mana ahli Jawatankuasa Fatwa yang baru bagi tujuan mengisi kekosongan hendaklah tamat pada tempoh masa yang sama dengan ahli Jawatankuasa Fatwa yang lain.

(2) Mana-mana ahli yang tempoh lantikannya telah tamat boleh dilantik semula oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Mufti.

(3) Mana-mana orang yang menjadi Mufti, Timbalan Mufti dan ahli Jawatankuasa Fatwa sebaik sahaja sebelum berkuat kuasa Enakmen ini hendaklah disifatkan sebagai telah dinamakan atau dilantik menjadi Mufti, Timbalan Mufti dan ahli Jawatankuasa Fatwa tersebut dan hendaklah bagi maksud Enakmen ini, Mufti, Timbalan Mufti dan ahli Jawatankuasa Fatwa menjadi ahli Jawatankuasa itu sehingga tempoh perlantikannya tamat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.