ENAKMEN 7 tahun 2008
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Hadhanah atau Penjagaan Kanak-Kanak
Seksyen 83. Kelayakan-kelayakan yang perlu untuk penjagaan
Seseorang yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap hadhanah jika-
(a) orang itu adalah seorang Islam;
(b) orang itu adalah sempurna akal;
(c) orang itu berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;
(d) orang itu berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan
(e) orang itu tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.