ENAKMEN 9 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (PERAK) 2015

BAHAGIAN VII - KUASA-KUASA MAJLIS



Seksyen 29. Tuntutan sewaan atau nilai atas faedah atau manfaat

(1) Majlis boleh menuntut daripada mana-mana orang, sewa atau nilai atas apa-apa faedah atau manfaat yang diperolehinya daripada sesuatu mawquf yang orang itu tidak berhak ke atasnya.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), Majlis boleh menentukan nilai faedah atau manfaat bagi mawquf tersebut.

(3) Jika tuntutan yang tersebut di bawah subseksyen (1) tidak dijelaskan, ia hendaklah dianggap sebagai hutang yang boleh dituntut oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.