ENAKMEN 7 tahun 2008
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang Dan Harta



Seksyen 95. Pemecatan penjaga

Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa memecat seseorang penjaga, sama ada seorang ibu atau bapa atau orang lain dan sama ada dia adalah penjaga bagi diri atau harta kanak-kanak, dan boleh melantik seorang lain menjadi penjaga untuk menggantikannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.