ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998
BAHAGIAN II - PERBADANAN BAITULMAL
Seksyen 11. Perbelanjaan diajukan kepada Baitulmal.
Kumpulan Wang Baitulmal bolehlah dibelanjakan mengikut Hukum Syarak bagi maksud seperti berikut:
Akaun Perbelanjaan Khusus -
(a) membayar perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Perbadanan dalam melaksanakan fungsinya dibawah Enakmen ini termasuk pembayaran saraan, elaun, pencen dan ganjaran bagi pegawai dan pengkhidmat Perbadanan; dan
Akaun Perbelanjaan Umum -
(b) membayar perbelanjaan umum yang diluluskan oleh Hukum Syarak.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.