ENAKMEN 6 TAHUN 2008
ENAKMEN MUFTI DAN FATWA (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN III - JAWATANKUASA FATWA



Seksyen 25. Meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa

(1) Jika dalam mana-mana Mahkamah Sivil, apa-apa persoalan Hukum Syarak perlu diputuskan, Mahkamah itu boleh meminta pendapat Jawatankuasa Fatwa tentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapat Jawatankuasa Fatwa itu kepada Mahkamah yang membuat permintaan pendapat itu.

(2) Walau apapun undang-undang bertulis yang berlawanan, Mufti tidaklah boleh disaman untuk memberi pendapat atau keterangan mengenai Hukum Syarak di dalam mana-mana Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.