ENAKMEN 4 TAHUN 2005
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2005

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 1 - BEBAN MEMBUKTIKAN



Seksyen 77. Beban membuktikan bahawa kes orang tertuduh termasuk dalam kecualian Enakmen

Apabila seseorang dituduh atas apa-apa kesalahan, maka beban membuktikan kewujudan hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk dalam mana-mana kecualian am yang diperuntukkan dalam Bahagian IX Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 [Enakmen No. 8 tahun 1982] terletak padanya, dan Mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan tersebut sebagai tidak ada.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.