ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI



Seksyen 41. Amil tidak menyerahkan kutipannya

Mana-mana amil yang, setelah menerima atau mengutip zakat dan fitrah, tidak menyerahkan kutipannya atau akaun kutipannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Enakmen Pentadbiran atau Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawah Enakmen Pentadbiran melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.