ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN II - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN ‘AQIDAH



Seksyen 4. Penyembahan salah

(1) Mana-mana orang yang menyembah alam semula jadi atau melakukan apa-apa perbuatan yang menunjukkan penyembahan atau pemujaan mana-mana orang, binatang, tempat atau benda dengan apa-apa cara yang menyalahi ‘Aqidah Islam dan Hukum Syarak melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

(2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya apa-apa peranti, barang atau benda yang digunakan dalam melakukan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.