ENAKMEN 7 tahun 2008
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang Dan Harta



Seksyen 102. Perintah larangan oleh Mahkamah

(1) Walau apa pun peruntukan seksyen 91, Mahkamah boleh, jika ia fikirkan perlu berbuat demikian, membuat suatu perintah melarang bapa atau datuk lelaki di sebelah bapa seorang kanak-kanak atau wasi-wasi mereka masing-masing atau wasi-wasi kepada wasi-wasi mereka masing-masing dari-

(2) Apa-apa pelupusan harta seseorang kanak-kanak bersalahan dengan perintah itu boleh ditetapkan sebagai tak sah, dan atas penetapan itu Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya perlu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan itu kepada kanak-kanak itu.

(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (2) melainkan jika perlu atau baik bagi kepentingan kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.