ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
Pernyataan yang dibuat di bawah Hal Keadaan Khas



Seksyen 23. Bila catatan dalam rekod awam yang dibuat pada melaksanakan kewajipan adalah qarinah

Sesuatu catatan dalam mana-mana daftar, rekod atau mana-mana buku awam atau buku rasmi yang lain yang menyatakan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan dan dibuat oleh seseorang pengkhidmat awam pada menunaikan tugas rasminya atau oleh mana-mana orang lain pada melaksanakan sesuatu kewajipan yang diperintahkan dengan khususnya oleh undang-undang negara di mana daftar, rekod atau buku itu disimpan, adalah dengan sendirinya qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.