ENAKMEN 15 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 2015

PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

“Baitulmal” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah subseksyen 81(1) Enakmen Pentadbiran;

“Enakmen Pentadbiran” ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003;

“harta” termasuklah-
“harta alih” ertinya harta yang boleh dialihkan termasuk saham, wang, emas, perak dan yang seumpama dengannya;

“harta intelek” ertinya apa-apa yang berkaitan dengan hak cipta, paten, reka bentuk perindustrian, cakera optik, cap dagangan dan yang seumpama dengannya;

“harta tak alih” ertinya harta yang tidak boleh dialihkan termasuk tanah, bangunan dan yang seumpama dengannya;

“hibah” ertinya sesuatu akad dengan rela hati yang mengandungi penyerahan dan pemindahan hak milik apa-apa harta seseorang kepada orang lain semasa hidupnya tanpa balasan atau ganti rugi yang boleh dinikmati manfaat hartanya mengikut Hukum Syarak;

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali;

“istibdal” ertinya menggantikan sesuatu mawquf dengan suatu harta yang lain atau wang yang mempunyai nilai yang sama atau nilai yang lebih tinggi daripada mawquf itu, dengan menukarkan, membeli, menjual atau apa-apa cara lain mengikut Hukum Syarak;

“Jawatankuasa Fatwa” ertinya Jawatankuasa Fatwa yang ditubuhkan di bawah subseksyen 46(1) Enakmen Pentadbiran;

“Ketua Pendaftar Wakaf” ertinya Ketua Pendaftar Wakaf yang dilantik di bawah subseksyen 9(1);

“Kumpulan Wang Wakaf” ertinya Kumpulan Wang Wakaf yang ditubuhkan di bawah subseksyen 36(1);

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 55 Enakmen Pentadbiran;

“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam Selangor yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran;

“marad al maut” ertinya suatu penyakit yang boleh membawa maut yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:
“mawquf” ertinya apa-apa harta yang diwakafkan;

“mawquf ‘alaih” ertinya orang yang berhak menerima apa-apa manfaat, kepentingan atau keuntungan daripada suatu mawquf;

“Pendaftar Wakaf” ertinya Pendaftar Wakaf yang dilantik di bawah subseksyen 9(2);

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Wakaf Selangor yang ditubuhkan melalui Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011 [Sel.P.U.8/2011];

“saham wakaf” ertinya penawaran unit saham bagi apa-apa harta yang diperoleh atau yang akan diperoleh oleh Majlis kepada mana-mana orang, pertubuhan atau institusi untuk saham itu dibeli dan kemudiannya diwakafkan kepada Majlis;

“sighah” ertinya suatu penyataan wakaf sama ada secara lisan, tulisan atau melalui isyarat;

“wakaf” ertinya-
sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas, menurut Hukum Syarak, tetapi tidak termasuk amanah yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208];

“wakaf am” ertinya apa-apa mawquf yang diwujudkan bagi tujuan kebajikan umum menurut Hukum Syarak;

“wakaf khas” ertinya apa-apa mawquf yang diwujudkan bagi tujuan kebajikan atau pihak yang khusus menurut Hukum Syarak;

“wakaf tunai” ertinya apa-apa sumbangan wang tunai, nilaian emas atau yang seumpama dengannya daripada mana-mana orang bagi apa-apa maksud wakaf;

“wang asas wakaf” ertinya mawquf sama ada dalam bentuk wang tunai, harta dan hasil istibdal mawquf;

“wang manfaat wakaf” ertinya apa-apa hasil terbitan daripada mawquf;

“waqif” ertinya orang yang mewujudkan sesuatu wakaf;

“waris” ertinya seseorang yang berhak mewarisi sesuatu harta pusaka menurut Hukum Syarak;

“wasi” ertinya seseorang yang kepadanya pelaksanaan sesuatu wasiat diamanahkan termasuk seseorang yang dilantik sebagai wasi oleh Mahkamah.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan tidak ditakrifkan dalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam Bahagian I Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Bahagian itu setakat yang pengertian itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.