ENAKMEN 15 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 2015

BAHAGIAN II - KUASA DAN TANGGUNGJAWAB MAJLIS



Seksyen 5. Peletakhakan

(1) Semua mawquf yang diwujudkan di bawah Enakmen ini hendaklah terletak hak pada Majlis.

(2) Majlis boleh menuntut apa-apa manfaat atau kepentingan sesuatu mawquf daripada mana-mana orang mulai dari tarikh permulaan kuat kuasa wakaf itu terletak hak kepada Majlis walaupun mawquf itu belum didaftarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.