ENAKMEN 6 TAHUN 2008
ENAKMEN MUFTI DAN FATWA (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN III - JAWATANKUASA FATWA



Seksyen 23. Pindaan atau pembatalan Fatwa

(1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah disiarkan dalam Warta di bawah Enakmen ini, atau di bawah mana-mana Enakmen terdahulu.

(2) Peruntukan seksyen 21 adalah terpakai bagi sesuatu pindaan atau pembatalan mana-mana fatwa.

(3) Sesuatu pindaan atau pembatalan sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen 23.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.