Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IX - KESALAHAN2



Seksyen 169. Ajaran yang karut.

(1) Sa-siapa mengajar atau menghuraikan di-hadapan orang ramai sa-suatu ajaran atau menjalankan sa-suatu isti-adat atau perbuatan yang bersangkutan dengan Ugama Islam dengan jalan yang berlawanan dengan Hukum Shara' akan melakukan kesalahan yang boleh di-hukumkan dengan penjara sa-lama tidak lebeh daripada tiga bulan atau dengan denda tidak lebeh daripada dua ratus lima puloh ringgit.

(2) Jika di-jatohkan hukuman di-bawah fasal itu maka fatwa atau ajaran itu jika bertulis hendak-lah di-rampas dan di-musnahkan atau dengan jalan lain di-pisahkan sa-bagaimana yang di-arahkan oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.