Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN V - MASJID



Seksyen 63. Pelantikan Pegawai Masjid

(1) Bagi tiap-tiap masjid dalam Negeri Kedah Darul Aman Majlis, atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, hendaklah melantik seorang atau beberapa orang Pegawai Masjid.

(2) Bagi tiap-tiap masjid yang ditetapkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis, Pegawai Masjid hendaklah dilantik dari kalangan pegawai dalam perkhidmatan awam Negeri.

(3) Bagi tiap-tiap masjid yang tidak ditetapkan di bawah subseksyen (2) Majlis hendaklah melantik Pegawai Masjid dari kalangan ahli kariah bagi masjid itu.

(4) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, tiap-tiap orang yang sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa telah menjadi Imam, Bilal atau Siak semua masjid di bawah Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Imam, Bilal atau Siak masjid itu dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 65, terus memegang jawatan sebagai Imam, Bilal atau Siak masjid itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.