Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN II
MUFTI DAN JAWATAN-KUASA SHAR'IAH



Seksyen 41. Fatwa.

(1) Siapa2 pun boleh, dengan bersurat kapada Setia-usaha, meminta Majlis mengeluarkan fatwa di-atas apa2 perkara Ugama Islam atau nas. Apabila di-terima permintaan demikian maka hendak-Iah Setia-usaha dengan serta merta menghantarkan permintaan itu kapada Pengerusi Jawatan-kuasa Shar'iah.

(2) Pengerusi Jawatan-kuasa Shar'iah hendak-Iah menimbangkan tiap2 permintaan yang demikian itu dan hendak-lah menyediakan rangka fatwa di-atas pertanyaan itu melainkan pada fikiran-nya perkara itu perkara yang kechil sangat atau dengan sebab yang munasabah tiada payah di-jawab. Jika perkara itu di-fikirkan-nya satu perkara besar, maka hendak-lah ia-nya mengadakan meshuarat Jawatan-kuasa Shar'iah untok menimbangkan perkara itu dan memberi fatwa. Jika perkara itu ada nas yang terang menunjokkan fatwa-nya, maka hendak-lah di-berikan oleh Pengerusi atau Jawatan-kuasa itu akan kehendak nas-nya itu. Jika di-dalam perkara itu Jawatankuasa tidak sa-bulat suara, maka masa'alah itu hendak-lah di-panjangkan kapada Majlis yang dengan chara demikian juga memberikan fatwa-nya mengikut pendapat terbanyak daripada ahli2-nya.

(3) Majlis boleh pada bila2 masa dengan kehendak-nya sendiri membuat dan mengishtiharkan apa2 fatwa atau keputusan yang demikian itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.