ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGA
Bab I - Beban membuktikan



Seksyen 81. Beban membuktikan tentang pemunyaan

Apabila soalnya ialah sama ada mana-mana orang ialah pemunya apa-apa jua benda yang dibuktikan sebagai ada dalam miliknya, beban membuktikan bahawa dia bukanlah pemunya benda itu terletak pada orang yang menegaskan bahawa dia bukan pemunyanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.