ORDINAN 42 TAHUN 2001
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH, 2001
BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa
Seksyen 14. Perakuan pewarisan.
Jika, dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubungan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati beragama Islam, mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa, selain Mahkamah Tinggi Syariah atau suatu Mahkamah Rendah Syariah, mempunyai kewajipan untuk menentukan -
(
a
) orang-orang yang berhak dapat bahagian dalam harta pusaka itu; atau
(
b
) bahagiannya yang orang-orang itu masing-masing berhak dapat,
maka Mahkamah Syariah boleh, atas permintaan mahkamah atau pihak berkuasa atau atas permohonan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia menjadi benefisiari atau wakilnya, dan setelah dibayar olehnya fi yang ditetapkan, memperakukan fakta-fakta yang didapati oleh Mahkamah Syariah itu dan pendapat Mahkamah Syariah itu tentang orang-orang yang berhak dapat bahagian dalam harta pusaka itu atau bahagiannya yang orang-orang itu masing-masing berhak dapat,
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.