ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998
BAHAGIAN II - PERBADANAN BAITULMAL
Seksyen 8. Tiada liabiliti ahli Perbadanan.
Seseorang ahli Perbadanan atau mana-mana jawatankuasanya adalah tidak berliabiliti atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau peninggalan dalam pentadbiran hal ehwal Perbadanan kecuali bagi kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan salah dengan pengetahuan di pihaknya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.