Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN VII - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 76. Pengiktirafan muallaf sebagai orang Islam

(1) Seseorang yang telah memeluk Agama Islam dan pemelukan agama Islam itu telah didaftarkan dalam Daftar Muallaf hendaklah, bagi maksud mana-mana Undang-Undang Persekutuan atau Negeri, dan selama-lamanya diperlakukan sebagai orang Islam.

(2) Seseorang yang pemelukan Agama Islam olehnya telah didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang Persekutuan atau mana-mana undang-undang negeri di Malaysia hendaklah, bagi semua maksud di Negeri Kedah Darul Aman dan bagi maksud penguatkuasaan peruntukan mana-mana undang-undang di Negeri Kedah Darul Aman, diperlakukan sebagai orang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.