Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

PERATORAN DI-DALAM PERBICHARAAN JINAYAH



Seksyen 69. Hukuman Penjara.

(1) Mahkamah yang menjatohkan hukum penjara hendak-Iah menghantar orang yang salah itu ka-penjara di-dalam jagaan sa-orang Pegawai Polis atau pun sa-orang Pegawai Mahkamah dan menyerahkan orang itu kapada Pegawai yang menjaga penjara bersama dengan waran menahan-nya dan ia-nya dengan demikian hendak-Iah di-tahan.

(2) Jika orang yang salah sudah di-tahan dalam penjara, sa-belum hari perbicharaan-nya, maka tempoh ia-nya didalam penjara itu boleh-Iah di-kira sa-bahagian daripada tempoh hukuman yang hendak di-jalankan-nya itu.

(3) Mahkamah itu boleh pada timbangan-nya membenarkan jaminan sa-belum ulang bichara. Tetapi jika ulang bichara itu tiada di-jalankan dalam tempoh yang di-tentukan maka Mahkamah boleh mengeluarkan perentah menangkap orang itu balek dan hukuman di-atas-nya hendaklah di-jalankan.

(4) Melainkan yang di-tentukan bagi satu2 perkara hukuman penjara di-dalam Undang2 ini hendak-Iah kerja berat di-atas lelaki dan kerja rengan di-atas perempuan.

(5) Hukuman penjara boleh-Iah di-jatohkan jika denda yang di-perentahkan di-bawah Undang2 ini tiada di-bayar. Tetapi hukuman penjara itu tidak-Iah boleh lebeh daripada sa-paroh daripada hukuman penjara, jika ada, yang ditentukan bagi kesalahan itu at au tujoh hari jika kesalahan itu boleh hukum dengan denda sahaja.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.