Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN II
PENUBOHAN MAJLlS



Seksyen 14. Keanggotaan.

(1) Majlis hendak-lah mengandongi Yang di-Pertua dan tiada kurang daripada sa-puloh orang ahli2 yang lain, di-antara-nya bilangan ahli2 yang tidak rasmi hendak-lah melebehi bilangan2 ahli yang rasmi. Kesemua ahli2 itu hendak-Iah di-Iantek oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan sa-lama tempoh yang di-tetapkan sa-bagaimana yang difikirkan baginda patut.

(2) Ahli2 Majlis itu ada-lah layak untok di-lantek samula.

(3) Sa-siapa pun tidak boleh di-lantek menjadi ahli Majlis melainkan ia sa-orang yang berugama Islam yang berumor lebeh daripada 21 tahun yang berperangai baik dan mempunyai pengetahuan ugama yang chukup.

(4) Orang2 yang menganggotai Majlis Ugama Islam dan 'Adat Melayu yang dahulu hendak-Iah di-sifatkan telah di-Iantek dan terus menyandang jawatan yang sarna dibawah Undang2 ini sa-hingga di-perbuat lantekan baharu di-bawah fasal ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.