Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN VI - NIKAH, CHERAI DAN RUJO'



Seksyen 135. Membetul-kan atau membatal-kan daftar atau surat keterangan.

(1) Jika nampak-nya sa-barang tulisan di-dalam buku daftar yang di-simpan atau sa-barang surat2 keterangan yang di-keluarkan di-bawah Undang2 ini telah di-buat atau di-keluarkan, mengikut mana yang di-dapati, dengan sikap atau mengandongi kesilapan yang patut di-betulkan, maka berkuasa-lah Yang di-Pertua, sa-lepas menerima keterangan daripada jawatan-kuasa yang telah di-lantek-nya menyiasat perkara itu, memerentahkan pada membatalkan atau membetulkan sa-barang tulisan atau surat keterangan itu.

(2) Apabila menerima sa-barang perentah yang demikian, maka Pendaftar yang membuat tulisan atau mengeluarkan surat keterangan yang tersebut atau orang yang menjalankan pekerjaan di-pejabat-nya itu hendak-lah dengan serta-merta membatal atau membetulkan kesilapan itu mengikut sharat2 perentah itu.

(3) Sa-siapa yang telah menerima surat keterangan yang tersebut di-atas ini hendak-lah dengan serta-merta menyerahkan surat keterangan itu kapada Pendaftar yang mengeluarkan-nya atau kapada orang yang menjalankan pekerjaan itu apabila menerima perentah yang bertulis menyuroh ia-nya berbuat demikian.

(4) Tidak boleh di-keluarkan perentah di-bawah fasal ini yang meragukan sa-barang orang melainkan ia telah di-beri peluang membela diri-nya sama ada dengan sendiri-nya atau dengan Peguam Shar'iah-nya di-hadapan jawatan-kuasa penyiasat yang di-lantek di bawah fasal kechil (1) dalam fasal ini.

(5) Kuasa2 membetulkan atau membatalkan yang dikuasakan oleh fasal ini termasok-lah pada segala tulisan2 yang di-buat atau surat2 keterangan yang di-keluarkan sa-belum berjalan kuat kuasa Undang2 ini.

(6) Yang di-Pertua atau mana2 Pendaftar salah satu dari pada-nya hendak-lah memberikan kapada Jawatan-kuasa yang di-lantek di-bawah fasal kechil (1) dalam fasal ini mana2 buku daftar yang di-kehendaki oleh Jawatan-kuasa itu yang ada di-dalam simpanan-nya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.