ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN I - KESALAHAN-KESALAHAN HUDUD



Seksyen 21. Akibat al-li’an

Apabila suatu pasangan suami isteri melakukan al-li’an untuk menyelesaikan tuduhan zina di antara mereka berdua, maka suaminya tidaklah bersalah melakukan qazaf dan isterinya tidaklah pula bersalah melakukan zina, dan kedua-duanya terlepas daripada hukuman bagi kesalahan tersebut, tetapi perkahwinan mereka dengan secara sendirinya dan dengan serta-merta menjadi bubar, dan Hakim hendaklah menceraikan mereka, dan pasangan itu selama-lamanya tidak boleh berkahwin semula dan jika selepas itu jika mereka melakukan persetubuhan, maka perbuatan itu adalah haram dan persetubuhan itu adalah zina.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.