Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN II
PERATORAN MESHUARAT



Seksyen 27. Minit2.

(1) Setia-usaha hendak-Iah menyimpan minit segala meshuarat Majlis dan pacta tiap2 meshuarat, minit meshuarat yang lalu hendak-lah di-bacha dan di-sahkan serta terta'alok-lah kapada apa2 pindaan yang di-kehendaki.

(2) Minit2 itu hendak-lah di-masokkan ka-dalam buku meshuarat Majlis dan hendak-lah termasok rakaman uchapan penoh bagi tiap2 satu ketetapan Majlis.

(3) Dengan sa-berapa segera yang' boleh lepas tiap2 meshuarat satu salinan minit meshuarat hendak-Iah di-sembahkan kapada Duli Yang Maha Mulia Sultan. Jika pada masa mengesahkan-nya rninit itu di-pinda, Duli Yang Maha Mulia Sultan hendak-lah di-beritahu dengan serta merta akan apa2 pindaan yang di-buat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.