ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN V - AM



Seksyen 58. Sariqah berkumpulan

Jika beberapa orang mengambil bahagian melakukan kesalahan sariqah, tiap-tiap seorang daripada mereka hendaklah dihukum dengan hukuman hudud, seolah-olah tiap-tiap seorang daripada mereka itu melakukan kesalahan itu seorang sahaja:

Dengan syarat bahawa bahagian yang diperolehi daripada harta curi oleh tiap-tiap seorang daripada mereka apabila dibahagikan sama rata di antara mereka, adalah sama dengan atau melebihi nilai nisab.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.