ENAKMEN 7 tahun 2008
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008
BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN
Seksyen 72. Hak tempat tinggal
(1) Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri.
(2) Hak tempat tinggal yang diperuntukkan dalam subsekyen (1) akan terhenti-
(a) jika tempoh ‘iddah telah tamat;
(b) jika tempoh penjagaan anak telah tamat;
(c) jika perempuan itu telah berkahwin semula; atau
(d) jika perempuan itu telah bersalah melakukan perbuatan yang memberahikan secara terbuka atau
fahisyah,
dan sesudah itu suami boleh memohon kepada Mahkamah supaya dikembalikan rumah itu kepadanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.