ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN VII - MAHKAMAH



Seksyen 69. Pelantikan Hakim

(1) Hakim hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dengan surat Tauliah Pelantikan yang ditandatangani dan dimeteri dengan mohornya selepas berunding dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan Jamaah Ulama dan sebagai tambahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan boleh berunding dengan mana-mana pihak berkuasa, badan atau sesiapa juga yang difikirkan patut dan munasabah; dan pelantikan itu hendaklah disiarkan dalam Warta.

(2) Dalam membuat pelantikan di bawah subseksyen (1), Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan hendaklah menentukan sama ada yang dilantik itu ialah Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Khas, Hakim Besar Mahkamah Bicara Syariah Khas, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Khas atau Hakim Mahkamah Bicara Syariah Khas.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.