Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN IV - KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah



Seksyen 55. Pendapatan daripada wakaf dan nazr

(1) Tertakluk kepada subseksyen (3), pendapatan yang diterima oleh Majlis daripada sesuatu wakaf khas hendaklah digunakan olehnya mengikut peruntukan yang sah bagi wakaf khas itu.

(2) Pendapatan daripada tiap-tiap wakaf selain wakaf khas dan tiap-tiap nazr ‘am hendaklah dibayar kepada dan menjadi sebahagian daripada Baitulmal.

(3) Majlis boleh mengenakan apa-apa bayaran atas kadar yang ditentukan oleh Majlis bagi pengurusan wakaf khas dan bayaran itu hendaklah ditolak daripada pendapatan wakaf khas tersebut dan dikreditkan kepada Majlis sebagai hasil.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.