ENAKMEN 6 TAHUN 2008
ENAKMEN MUFTI DAN FATWA (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN III - JAWATANKUASA FATWA



Seksyen 14. Tatacara perjalanan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa

(1) Mufti hendaklah menjadi Pengerusi di dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Fatwa.

(2) Jika Mufti tidak hadir dengan sebab kesihatan atau sebab-sebab lain maka Timbalan Mufti bolehlah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa.

(3) Semua mesyuarat Jawatankuasa Fatwa hendaklah dipanggil oleh Setiausaha.

(4) Pengerusi boleh pada bila-bila masa mengarahkan Setiausaha memanggil mesyuarat.

(5) Jawatankuasa boleh, tertakluk kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan berhubung dengan tatacara dan amalannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.