Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IV - KEWANGAN AMANAH KHAIRAT
Kira-Kira



Seksyen 102. Anggaran2.

(1) Majlis hendak-Iah menyedia dan menyembahkan kapada Raja Pemerentah dalam Majlis Meshuarat tidak lewat daripada 31 haribulan Oktober dalam tiap2 tahun akan anggaran2 segala pendapatan dan perbelanjaan Majlis termasok di-dalam-nya anggaran2 semua harta yang boleh di-terima dan boleh di-pisahkan yang berupa mata benda, berkenaan dengan tahun hadapan. Raja Pemerentah dalam Majlis Meshuarat boleh meluluskan anggaran2 itu atau boleh memerentahkan yang tersebut itu di-pinda. Tatkala telah di-Iulus atau di-pinda, maka anggaran2 tersebut hendak-Iah di-terbitkan di-dalam Wart.a Kerajaan.

(2) Majlis boleh pada bila2 masa pun menyembahkan kapada Raja Pemerentah dalam Majlis Meshuarat anggaran2 tambahan bagi perbelanjaan berkenaan dengan tahun ini, atau, pada bila2 masa pun sa-belum 31 haribulan Mach dalam sa-suatu tahun, berkenaan dengan tahun yang dahulu-nya, dan yang tersebut itu boleh di-Iuluskan atau di-pinda, dan hendak-Iah di-terbitkan, dengan jalan sa-umpama itu.

(3) Wang tidak boleh di-belanjakan, atau harta di-pisahkan yang berupa mata benda, terkechuali mengikut anggaran2 sa-bagaimana yang tersebut dahulu dan dengan satu voucher yang di-tanda tangani oleh Yang di-Pertua.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.