ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN II - QISAS



Seksyen 26. Qatl-al’amd

(1) Mana-mana orang yang menyebabkan kematian seseorang dengan melakukan suatu perbuatan dengan niat untuk menyebabkan kematian atau kecederaan badan yang pada kebiasaannya memadai atau mungkin akan menyebabkan kematian, atau dengan melakukan suatu perbuatan dengan pengetahuan bahawa perbuatannya itu adalah sebegitu sekali berbahaya hingga mungkin sekali menyebabkan kematian adalah melakukan qatl al-‘amd.

(2) Mana-mana orang yang melakukan suatu perbuatan dengan niat atau dengan pengetahuan bahawa perbuatannya mungkin akan menyebabkan kematian, telah menyebabkan kematian mana-mana orang yang kematiannya dia tidak berniat untuk menyebabkan atau tidak tahu mungkin akan menyebabkan kematian, adalah juga melakukan qatl-al-‘amd.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.