ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999

BAHAGIAN XV - PENDENGARAN



Seksyen 128. Perbicaraan belum berakhir.

(1) Jika seorang Hakim telah memulakan perbicaraan mana-mana prosiding dan kerana apa-apa sebab tidak dapat menamatkan perbicaraan itu, seorang Hakim lain boleh dengan persetujuan semua pihak menyambung perbicaraan itu dan memberikan penghakiman.

(2) Jika persetujuan yang tersebut dalam subseksyen (1) tidak diperolehi, maka hendaklah diadakan perbicaraan semula.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.