Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN



Seksyen 25. Permohonan izin oleh Yang Dipertua dan notis bertulis anggota lain

(1) Jika Yang Dipertua menjangka dia akan berada di luar Malaysia selama lebih daripada empat belas hari, dia hendaklah memohon izin Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2) Jika mana-mana anggota Majlis menjangka dia akan berada di luar Malaysia selama lebih daripada empat belas hari, dia hendaklah memberi notis bertulis kepada Yang Dipertua.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.