Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN VII - NAFKAH TANGGONGAN



Seksyen 141. Menetapkan Hukuman.

Dengan tiada memandang kapada hak2 sa-siapa di-atas sa-barang perentahan yang telah di-perbuat di-bawah Bahagian ini di-dalam Undang2 ini ia-itu hukuman daripada Mahkamah Pengadil' atau Mahkamah Kadhi Besar mengikut fasal 87 dalam Undang2 ini maka Mahkamah yang telah memberi perentahan itu boleh-lah dengan tiada menghiraukan sa-barang apa yang tersebut di-dalam Undang2 ini yang menghadkan kuasa jinayah-nya atau kuasa menghukum, jika dengan senghaja enggan menyempurnakan hukuman atau perentahan, menghukumkan orang itu di-penjara sa-lama, jikalau perentahan itu untok bayaran bulanan, satu minggu bagi elaun sa-bulan yang tidak di-bayar, atau, bagi sa-barang hal yang lain satu bulan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.