ENAKMEN 8 tahun 2008
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2008


Seksyen 30. Kecualian dan peralihan

(1) Semua tindakan, perintah, notis, borang dan pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa mana-mana peruntukan undang-undang bertulis yang mansuh menurut kuasa oleh Enakmen ini hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang tidak bertentangan dengan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh perintah, notis, borang dan pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat dibawah Enakmen ini.

(2) Semua prosiding yang telah dimulakan di bawah Enakmen yang dimansuhkan hendaklah berterusan seolah-olah Enakmen ini tidak diluluskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.