Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN Ill
MAHKAMAH2 SHAR'IAH



Seksyen 46. Ulang Bichara.

(1) Ulang bichara daripada Mahkamah Kadhi Besar dan Mahkamah Kadhi hendak di-serahkan kapada Jawatankuasa Ulang Bichara yang akan di-tubohkan berikut daripada keputusan Mahkamah Kadhi Besar atau Mahkamah Kadhi:
(2) Maka Jawatan-kuasa Ulang Bichara itu hendak-Iah mengandongi tiga orang ahli, salah sa-orang daripada-nya hendak-Iah Mufti dan sa-orang Pengerusi tetap yang ada pengelaman dalam hal Mahkamah dan mendapat Tauliah daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan dan sa-orang lagi di-pileh daripada sa-kumpulan sa-ramai tujoh orang sakurang2-nya yang di-Iantek pada tiap2 tahun oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(3) Apakala mana2 orang meminta Ulang Bichara di-atas hukuman Mahkamah Kadhi Besar atau sa-buah Mahkamah Kadhi atau pun memohon kebenaran ulang bichara mengikut sa-bagaimana sharat dalam fasal kechil (c) kapada fasal ini, maka hendak-Iah Yang di-Pertua melantek Jawatan-kuasa Ulang Bichara itu untok menjalankan ulang bichara itu atau pun menyemak p~rmohonan kerana kebenaran membuat ulang bichara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.