ENAKMEN 9 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (PERAK) 2015

BAHAGIAN III - MAWQUF-ALAIH



Seksyen 13. Pembahagian faedah atau manfaat sesuatu mawquf

(1) Jika terdapat lebih daripada seorang mawquf-alaih dan waqif tidak menetapkan untuk mereka kadar faedah dan manfaat masing-masing terhadap mawquf itu, ia hendaklah dibahagikan sama rata di antara mereka.

(2) Seksyen 12 hendaklah terpakai kepada faedah atau manfaat mana-mana mawquf-alaih yang tersebut di bawah subseksyen (1) dalam seksyen ini yang telah mati atau tidak dapat dikesan tanpa memerlukan apa-apa pemberitahuan dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.