ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013
BAHAGIAN III - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA
Seksyen 12. Mempersendakan, dsb., ayat Al-Quran atau Hadith
Mana-mana orang yang, dengan kata-katanya atau perbuatannya, mempersendakan, menghina, mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat Al-Quran atau
Hadith
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.