ENAKMEN 9 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (PERAK) 2015

BAHAGIAN X - PERUNTUKAN AM



Seksyen 44. Pengertian surat cara yang mewujudkan atau menyentuh wakaf

(1) Jika Majlis berpendapat bahawa pengertian atau pentafsiran atau kesan mana-mana surat cara atau perisytiharan yang mewujudkan atau menyentuh mana-mana wakaf adalah samar-samar atau tidak berketentuan, Majlis boleh merujuk kepada Mahkamah surat cara atau perisytiharan itu bagi mendapatkan keputusan Mahkamah tentang pengertian, tafsiran dan kesan mengenainya dan Majlis hendaklah bertindak mengikut apa-apa keputusan yang diberikan sedemikian oleh Mahkamah.

(2) Bagi tujuan seksyen ini, Mahkamah termasuklah Mahkamah Sivil yang ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.