ENAKMEN 8 tahun 2008
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2008


Seksyen 2. Tafsiran

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Hakim Mahkamah Rayuan Syariah” ertinya seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah subseksyen 5(1);

“Hakim Syarie” atau “Hakim” ertinya seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah subseksyen 12(1) atau 17(1);

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie, atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali;

“Ketua Hakim Syarie” ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);

“Ketua Pendakwa Syarie” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 44(1) Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008;

“Mahkamah Syariah” atau “Mahkamah” ertinya Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah subseksyen 3(1) atau 3(2);

“Mahkamah Rayuan Syariah” ertinya Mahkamah Rayuan Syariah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 3(3);

“Mahkamah Sivil” ertinya mana-mana Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan;

“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008;

“Negeri” ertinya Negeri Kedah Darul Aman;

“Peguam Syarie” ertinya seseorang yang diterima sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 46 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008;

“saraan” ertinya gaji pokok, elaun, imbuhan, honorarium, pengangkutan percuma atau bersubsidi dan keistimewaan lain yang dapat dinilai dengan wang.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan di dalam Enakmen ini dan tidak ditakrifkan di dalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing setakat yang erti itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.