Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN VI - NIKAH, CHERAI DAN RUJO'



Seksyen 119. Pertunangan.

(1) Jika sa-saorang, sama ada dengan lisan atau dengan tulisan, dan, sama ada dengan sendiri-nya atau dengan
melalui sa-orang perantaraan, telah membuat perjanjian pertunangan mengikut Hukum Shara', dan kemudian telah enggan dengan tiada sebab yang sah berkahwin daftar dengan pehak yang lain dalam perjanjian itu, sedangkan pehak yang lain itu bersedia menjalankan perkahwinan itu, maka pehak yang mungkir itu hendak-Iah boleh ter-kena membayar kapada pehak yang lain satu jumlah wang yang di-persetujukan d-dalam perjanjian itu yang dengan-nya perkahwinan itu telah di-atorkan kena di-bayar oleh pehak yang mungkir perjanjian itu, dan, jika bagi pehak lelaki, hendak-lah membayar sa-bagai ganti rugi jumlah Mas Kahwin dan Hantaran yang akan di-bayar bersama2 dengan lain2 wang yang telah di-belanjakan dengan suchi hati berkenaan dengan persediaan perkahwinan itu atau, jika bagi pehak perempuan, hendak-lah memulangkan pemberian2 pertunangan, jika ada, atau pun harga bagi-nya dan hendak-lah membayar sa-bagai ganti rugi jumlah wang yang lain2 sa-bagaimana tersebut dahulu dan perkara ini boleh-lah di-tuntut dengan perbicharaan di-dalam Mahkamah.

(2) Sa-kira-nya pertunangan itu di-turuti dengan 'akad nikah (yang di-sebutkan Nikah Gantong) maka sharat yang telah di-tentukan di-dalam pertunangan itu sa-bagaimana di-dalam fasal kechil tadi hendak-lah di-ikuti. Jika sa-kira-nya mana2 pehak sa-telah itu engkar melansongkan perkahwinan itu mengikut 'adat tempatan maka boleh-lah pehak yang lain itu membuat tuntutan di-dalam Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.