ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI



Seksyen 49. Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam

(1) Mana-mana orang yang menjual, memberikan atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak di bawah peliharaannya kepada mana-mana orang yang bukan beragama Islam melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

(2) Mahkamah hendaklah membuat apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai berkenaan dengan anak atau kanak-kanak itu.

(3) Tiada tuntutan dengan apa cara jua pun boleh dibuat oleh mana-mana pihak berikutan daripada perintah Mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.