ENAKMEN 6 TAHUN 2008
ENAKMEN MUFTI DAN FATWA (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN II - MUFTI



Seksyen 5. Perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti

(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis berkuasa melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Kedah Darul Aman.

(2) Perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta.

(3) Apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, mana-mana orang yang sebaik sahaja sebelum permulaan kuat kuasa adalah Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Kedah Darul Aman yang dilantik di bawah Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Kedah Darul Aman dan hendaklah terus memegang jawatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.