Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IV - KEWANGAN AMANAH KHAIRAT
BAITUL MAL



Seksyen 93. Wakaf dan nazar.

(1) Apabila, sa-Iepas mula berjalan-nya Undang2 ini, sa-saorang Islam mati di-dalam keadaan bahawa, menurut sharat2 Hukum Shara', harta-nya akan terserah, atau kena di-bayar kapada, Baitul-Mal, maka harta orang itu, mengikut sharat2 itu hendak-lah terserah dan kena di-bayar kapada Majlis dan menjadi bahagian Baitul-Mal.

(2) Dengan tidak menghiraukan sa-suatu sharat yang berlawanan yang terkandong di-dalam sa-suatu surat atau perishtiharan yang menjadikan, mengawal atau mengenai sa-demikian MajIis hendak-Iah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf sarna ada wakaf 'am atau wakaf khas, bagi semua nazar 'am, dan bagi semua amanah2 tiap2 serba jenis yang menubohkan sa-suatu amanah khairat kerana bantuan dan kemajuan Ugama Islam atau kerana faedah orang2 Islam mengikut Hukum Shara' sa-takat mana sa-suatu harta yang mengena'i-nya dan terletak di-dalam Negeri Perak dan, di-mana pembuat atau orang lain yang menjadikan amanah, wakaf atau nazar 'am bermastautin di-dalam Negeri Perak, sa-takat mana semua harta yang mengenainya di-mana2 pun letak-nya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.